Keberkesanan Azam tahun baharu

Dalam suatu laporan pada 2014, 35% peserta yang gagal pada azam mereka menyatakan bahawa matlamat-matlamat mereka adalah tidak realistik, sementara 33% peserta tidak memeriksa perkembangan azam mereka, dan 23% peserta sekadar melupai azam mereka. Di samping itu, kira-kira sepersepuluh peserta berkata bahawa mereka menetapkan matlamat yang terlalu banyak.

Satu kajian pada 2007 oleh Richard Wiseman dari Universiti Bristol yang melibatkan 3,000 orang menunjukkan bahawa 88% mereka yang menetapkan azam-azam ini gagal,[2] sungguhpun 52% peserta yakin akan berjaya pada awalnya. Peserta mencapai matlamat mereka sebanyak 22% lebih kerap apabila matlamat-matlamat mereka dibentuk secara kecil dan berukur.